Sinopsis:
Mengisahkan Sim Pau,seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan daripada anaknya perempuannya,iaitu Lim Meng yang hendak pulang beraya pada Tahun Baharu ini.Namun si ayahnya Lim Pooi tidak senang mendengari berita gembira tersebut.Si ayah masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu.Anaknya yang bongsu itu dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulungnya,Lim Foong.Sim Pau yang selama ini bersabar ,akhirnya bersuara menentang suaminya.Lim Pooi terkejut akan keberaniannya.Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong yang lemas dikejar oleh pemungut hutang judi.Lim Pooi menginsafi kesalahannya.Sehari sebelum Tahun Baharu Cina,kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan yang amat terharu.Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga bahagia.